Assalamualaikum :')

Welcome to my blog

Saturday, 30 August 2014

LAPORAN LAWATAN

 LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA

Ditulis oleh: Nurul Ain Bt Othman
(17DHK14F1109)

Pada 26 Ogos 2014 yang lalu, Penasihat  Pengajian Malaysia iaitu, En Kazar bin Razali telah mengadakan lawatan sambal belajar di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Antara para pelajar yang terlibat ialah pelajar Dhk 1C, seramai 37 orang. Rombongan lawatan ini bertolak dari jam 7.00 pagi dan telah menamatkan lawatan pada jam 1.30 minit tengahari. Pada jam 6.30 minit pagi, kami berkumpul di Anjung Pesona dan penasihat kami telah memberi sedikit taklimat berkenaan disiplin dan kelakuan. Apabila tiba di Muzium Negara kami telah mendengar taklimat dari pegawai Muzium Negara iaitu, 
En.Badrul Hisyam Bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun Bt Azmi.

Di Muzium Negara, kami dapat melihat pelbagai kraf dan barangan- barangan purba yang digunakan pada masa dahulu. Muzium ini telah memuatkan barangan- barangan bersejarah mengenai Malaysia. Barangan- barangan ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D.

Berikut adalah nama dan info galeri :

Galeri A : Sejarah Awal.


Galeri ini menunjukkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia. Galeri ini juga menceritakan tentang zaman- zaman yang wujud pada masa dahulu. Antara zaman- zamannya ialah Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik. Antara koleksi- koleksi yang terdapat ialah batu, tembikar dan banyak lagi.

Galeri B : Kerajaan- kerajaan Melayu.


Galeri ini mempamerkan bukti- bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu. Galeri ini lebih fokus kepada kerajaan melayu Melaka.

Galeri C : Era Kolonial. 


Galeri ini menceritakan tentang sejarah negeri- negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika di bawah jajahan Portugis.

Galeri D : Malaysia Kini.


Galeri ini memaparkan sejarah- sejarah penubuhan Malaysia. Antara koleksinya ialah, cara pendidikan orang Melayu pada masa dahulu, tengkolok- tengkolok sultan melayu, koleksi duit- duit lama dan banyak lagi.

Di sekitar Muzium Negara juga terdapat banyak tempat yang menarik seperti Planetarium, Taman Burung, Taman Orkid, Muzium Etnologi Dunia dan banyak lagi. 

Lawatan ini telah memberi input atau pengetahuan yang berguna buat kami sekelas. Antaranya ialah, kami dapat mengetahui sejarah awal mengenai Malaysia, cara- cara masyarakat yang tinggal pada masa dahulu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat kami kerana sudi membawa kami ke Muzium Negara ini. Tidak lupa juga kepada pihak Muzium Negara kerana menerima lawatan dari pihak kami. Sekian, terima kasih.


Bukti kami ke Muzium Negara 


Antara keris- keris
Model lancang kuning
Batu nisan Sultan Mansur Shah
Keris istiadat
Bunga emas
kitab suci Al Quran


Tiket masuk Muzium Negara




Pelajar DHK 1C bergambar di pintu masuk muzium negara.